Tuesday, July 22, 2014

DUGAAN RAMADHAN

Assalamualaikum

Penghujung ramadhan tahun ni dengan berita pemergian ayah kawan aku,Fara ke rahmatullah.Al-Fatihah..

Ptg semalam dpt berita yg mengejutkan aku terus whtsapp Dee dan dia ajak aku ke rumah Fara pada hari nie

Alhamdulillah harini aku free dan aku,dee dan kak lila g ke rumah Fara . Fara seorang kawan yg kuat dan tabah dan kalau boleh mmg dia tak nak menangis depan mak dia.

Arwah seorang yg baik walaupun aku tak kesempatan kenal arwah dengan lebih dekat. Arwah meninggal pada usia 48 tahun meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.Di bulan yg baik arwah pergi dengan cara yg tenang dan urusan pengurusan jenazah pun berjalan dengan lancar,Alhamdulillah...

Aku berfikir dan merenung jauh "kalau aku jadi Fara adakah aku kuat menempuh ujian Allah?" subhanallah. Kuasa Allah untuk menarik nikmat dan ajal manusia dengan sekelip mata.

Alhamulillah ku rasa bersyukur kerana aku diberi peluang untuk menjadi insan yang lebih baik dan kuat disisiNya.

Setiap manusia ada kekurangan yang penting hidup mesti diteruskan. Aku sedar maut itu  pasti akan menjemput kita.

Sebagai ikitibar yg berlaku janganlah angkuh dan bongkak dengan nikmat Allah, tolong sesama manusia yg memerlukan.Dan aku rasa semakin berkobar2 nak jadi sukarelawan di bumi Anbia dengan izin Allah

Masih byk pelajaran sesebuah kehidupan yang aku kena pelajari agar hidup lebih berdikari tanpa menyusahkan org lain terutamanya ibu bapa aku.Minta maaf selama ini aku sangat menyusahkan ma dan pa melayani anak mereka yang cerewet lagi mengada-ngada nie.

Sekian

Assalamualaikum